welcome

Bila Hatiku Berbisik

Saya belajar , 
bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya.
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai.
Saya belajar, 
bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkan.


Saya belajar, bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan
banyak hal dan kami selalu memiliki waktu terbaik .
Saya berlajar, 
bahawa orang yang saya anggap jahat itu adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali serta orang yang begitu memberi perhatian pada saya.


Saya belajar , 
bahawa persahabatan sejati senantiasa bertumbuh walau dipisah oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.
Saya belajar,
bahawa jika seseorang tidak menunujukkan perhatian yang saya inginkan,
bukan berarti bahawa dia tidak mencintai saya .


Saya belajar, 
bahawa sebaik-baik pasangan itu,
mereka pernah dilukai perasaan masing-masing,
dan untuk itusaya harus memaafkannya .
Saya belajar,
bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain.
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah berterusan.


Saya belajar,
bahawa saya harus memilih .
Apakah menguasai sikap dan emosi ??
atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya.
Saya berlajar,
bahawa saya punya hak untuk marah,
tetapi itu bukan berarti saya harus benci dan mengikut perasaan..


Saya berlajar,
bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan dengan orang 
yang saya cintai.
Saya berlajar,
bahawa orang yang saya cintai justeru diambil segera dari kehidupan saya.


Saya sedar , jodoh itu ketentuan Allah s.w.t .
Sesungguhnya dia lebih mengerti apa yang tersurat dan tersirat ,
Saya redha :).



TERIMA KASIH ! SUKA ? LIKE ja :D

0 000 si comel pandai bercakap:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...