welcome

Resepi Kek Batik (:

 
 
 
Hai , pembaca :D rasanya lama tak updates blog kan ? Ish. ish.
Busy sungguh sekarang sebab saya tengah sibuk pratikal . hehe .
Okay , esok nak sambut Ramadhan . Yeah ! Bestnya . 
Tak sabarnya nak berpuasa tambah plak tahun nie Cik Sarah berpuasa di rumah ! hoyyehh ! 
Dah tak nak bebel banyak . Hari ni Cik Sarah nak ajar secara ringkas mengenai 
"Cara-cara nak buat kek Batik " :)
Okay first step !

Bahan-bahan (1 dulang)

250 g biskut marie – patah 2
150 g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko/chocolate
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan air
4 biji telur


Tadaaaa ! ini lah bahan dia , senang jaa . Bukan susah pon , seriusly ! orang yang tak pandai masak macam Cik Sarah pon first time buat menjadi okay ;) 
nak masak kita  kena yakin ! haha , jangan putus asa . Hoyyeh !


ATTENTION!

                                    
                                            Masukkan milo + susu + serbuk koko / chocolate masakan + air .




                                 
                                       Kemudian kacau , biarkan sampai dia cair ye tuan-tuan & puan-puan ye .



                                             
                                                      Masukkan kan butter / mentega , kacau sampai sebati.




                                           
                                                    Last sekali masukkan 4 biji telur, kemudian kacau sampai hancur .
                                                         ( nah kau mak jah  haaa ) hehe *bergurau je*



                                     
                                       Hah ! Belum habis lagi . Kemudian masukkan biskut marie ke dalam kuali.  
                                                                            Gaulkannya.



                                                      
                                                        Kemudian ratakan adunan hingga sekata .



                                                  
                                                         Kemudian masukkan dalam peti ais ! Dah siap :)




Senangkan ? Ringkas dan padat . HAHA.
so, selamat mencuba ^_^.
anda bila lagi ? bersama saya Cik Sarah .











TERIMA KASIH ! SUKA ? LIKE ja :D

Ini Kisah Cintaku !



“Ya Allah,  hadirkan cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahukan cinta yang tidak pasti . Jauhkan hatiku dari cinta yang sia-sia”



Dear diary ,
       Nama aku Shera Miasara binti Rafique, orang panggil aku Mia. Tapi , kawan-kawan aku gelar aku Datin MiaSara. Kenapa Datin? Sebab aku suka bergaya kot. Aku ni berangan nak jadi seorang penulis yang berbakatlah konon-kononnya mahupon novelis tersohor. Aku hanya insan biasa yang menulis untuk berkongsi cerita atau kisah dengan kau orang semua .
       Sebelum aku terus bercerita, aku harap kau orang semua jangan salah faham. Harus aku tekan di sini , aku tidak ada sebarang kena –mengena dengan si penulis yang bernama Nor Sarah binti Ishak. Hehehe...
       Ini kisah perjalanan hidupku . Kisah bagaimana aku sedaya upaya menjalani hidup penuh dengan manusia yang gemar menjadi kekurangan seseorang sebagai bahan jenaka. Tidak kiralah sama ada kekurangan dari segi mental , fizikal ataupun material.
       Aku dibesarkan sebagai gadis yang hidup bersederhana , serba keluarga yang lengkap . Aku mempunyai dua orang adik-beradik . Aku yang sulung , ibarat anak bongsulah katakan dalam keluarga . Yelah, aku anak tunggal perempuan dan adik aku anak tunggal lelaki .Diberi nama Amir Hakim .Aku mempunyai ibu bapa yang penyayang , aku masih belajar mengambil kursus Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan. Aku bersyukur dengan apa yang ada.
     Semakin menginjak ke alam IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam). Seorang gadis yang berusia 19 tahun , menentap di Dungun, Terengganu. Aku dikenali sebagai seorang yang agak panas baran , dilabel ibarat singa yang garang oleh kawan-kawan aku . Sehinggalah, ramai lelaki takut nak tegur aku . Terlalu serius , sikap optimis , kalau jadi watak jahat . Mungkinlah lakonan jahat aku menjadilah kot . hehe ..
       Aku sudah mempunyai kekasih hati yang bernama Kamal Afiq . Kamal Afiq merupakan kekasih aku dari zaman sekolah lagi . Sehinggalah kini , perhubungan kami  terjalin selama 4 tahun . Kata orang , berkawan dengan orang lain , bercinta dengan lain , berkahwin dengan orang lain . Itulah orang cakap kalau jodoh tak ke mana kan ?
     
      Kali pertama  aku belajar jauh dari keluarga aku , merupakan kali pertama jugak berada di asrama. Jadi, dekat rumah selalu mak yang banyak buat kerja . Nak memasak , mengemas manalah aku reti sangat . Kemungkinan ini adalah salah satu faktor yang aku risau sangat .
      Seperti insan lain , aku juga mempunya naluri untuk bercinta dan dicinta. Aku selalu tertanya-tanya , adakah cinta buat insan sepertiku? Yalah , aku tidak secantik gadis idaman lelaki . Aku berketurunan kacukan Bugis dengan mamak , dapatlah aku muka ala-ala Arab gitu . hehehe...

    Jadi, ini adalah kisah yang ingin aku kongsikan kepada kau orang semua . Kisah cintaku dengan seseorang jejaka . Hadirnya dalam hidupku dengan cara tersendiri . Membawa pelbagai rasa dan warna dalam hidupku .
    Bicaraku  mungkin tak seindah pujangga, tulisanku mungkin tak sehebat penulis tersohor. Aku berkisah seindah biasa, sekadar ingin berkongsi dengan kalian semua. Sudikanlah membaca, perjalanan hidupku mencari cinta .
Jom ikuti kisahku.


     Jam di dinding bilikku tepat pada pukul 11.35 malam. Aku bersama dengan roommate aku. Aku sibukkan diri dengan membuat banyak asigment yang diberikan oleh pensyarah . Menjadi kebiasaanku menyiapkan segalanya sebelum tidur . Aku suka sangat buat kerja last minitlah katakan.
     Aku sibuk mencari maklumat dan mengemaskini data sambil-sambil aku mengonline facebook atau mukabukulah katakan.
     Kedengaran Asma masuk kedalam bilik aku . “ Hai, buat asigment ke cik kak “ tegur asma merupakan salah satu classmate aku .
   Aku mengangkat kepala memandangnya yang sudah duduk di atas katil roommateku , Najla. “Tak la, sedang berseronok haa.” Gomel aku dengan nada perli .Mereka berdua  begitu akrab  sambil senyum melihat aku sedang sibuk menyiapkan assigment .
       Kemudian aku bangun dari kerusi terus menuju ke bilik Farah dan Aqila , merupakan rakanku yang begitu rapat sekali dengan aku .Segala duka dan suka kami selalu bersama , apa-apa masalah kami akan kongsikan bersama . Aku harap persahabatan kami tidak berakhir sampai diploma saja, biarlah sampai bila-bila. Amin .
        Aku sibuk berbual dengan Farah dan Aqila sambil-sambil tu aku menanyakan mengenai assigment aku kepada Farah. Farah merupakan rakan classmate aku . Aqila sama jurusan dengan kami berdua, Cuma dia kelas lain.
        Tiba-tiba kedengaran suara Asma memanggil namaku . “Sarah mai lah sini kejap , ada benda penting aku nak tunjuk kat hang ni .”
        Aku terus gegas berlari , dan aku terlupa nak offline facebook aku . Mestilah aku menyangka mereka akan hacker aku .
        Rupa-rupanya , mereka nak  tunjukkan aku link video hantu pada aku , menjerit gila aku dengan roommate aku . “ Haish , Asma kurang ajaq betoi la hang ni, lebih baik hang tutup cepat . “  mengamuk aku . Kemudian aku , gelak dengan roommate aku .
         Aku tersengih namun di dalam hati terbakul-bakul sungutan aku. Bermulalah rancangan jahat aku . Aku perkenakan kepada orang lain yang tengah asyik online facebook tengah-tengah malam, aku hantar semuanya link video tu . Lelaki pula yang aku bagi link , kat perempuan aku tak bagi link video tu sebab perempuan lain sikit . Timbul rancangan jahat  aku, ramai juga lah mereka tegur aku, marah-marah aku . Sambil aku tersengih-sengih sorang di depan lappy aku tu .
      “Padan muka hang, online lagi tengah malam-malam lagi “ gomel aku sorang –sorang di depan laptop .
       Tiba-tiba ada sorang mamat ni tegur aku dalam facebook.
“Ahh , malas aku nak layan , buat kerja lagi bagus!”

          Aku sibuk menyiapkan assigment sambil merenung kearah telefon bimbitku blackberry. Sepertinya tiada mesej atau panggilan dari kekasih hatin yang jauh di Sungai Petani, Kedah. Di dalam fikiran Aku berfikir positif .
                “Mungkin dia sibuk kot” kata hati Aku berbisik.
Memandang jam 11.55 malam , baru Aku teringat lagi 5 minit lagi 28 februari masuklah ulang tahun kelahiran ayah aku yang ke 52. Sekarang baru 27 februari , rilek dulu .
      

            “Tak sabar rasanya nak wish Birthday  kat abah aku tu . Alamak dah tengah malam , comfirm orang tua tu dah tidur. Tak pa lah . Esoklah aku call abah aku tu .” gomelku sorang-sorang.
       Kelihatan mata Aku  dah merah , sambil-sambil tu Aku  ketepikan kerja buat seketika bagi menghilangkan rasa mengantuk .
       Sebaik sahaja aku menoleh kearah laptop aku . Ramai jugak yang balas , lalu aku tersenyum sorang-sorang melihat gelagat manusia yang terlalu mengasyikkan dengan  laman sosial yang begitu popular pada 2013 ni iaitu Facebook. Yelah , zaman remaja kan ? Bila dah tua mana ada masa nak layan semua ni lepas ni.
         “Wah, ramainya reply chat aku. Hehe , “ gelak kecik aku sorang-sorang melayan facebook.
      Baru kejap aku online, dah bertubi-tubi mesej yang masuk. Sememangnya agak ramai juga teman-teman di Facebook aku ni. Rakan semasa sekolah dulu , teman-teman universiti dan lain-lain. Malah, ada juga kawan-kawan baru yang dikenali secara maya sahaja.
     Aku melayan mereka . Macama-macam cerita yang aku kongsikan. Dalam asyik aku berborak , ada satu nickname baru masuk ingin menjadi kawan aku.
     Aku sememangnya semula jadi peramah dan mesra alam ni apa lagi, layan ajelah. Tak salah ramai kawan kan?
Tiba-tiba ada sorang mamat ni tegur aku . Aku balaslah chatting dia .Nickname budak ni agak pelik  Cucu Tok Wan , semua orang letak nama sendiri . Aku hairan terus aku melayan untuk menghilangkan rasa mengantok aku ni.  


Cik Miasara: (link video hantu)
Cucu Tok Wan: Apa yang anda cuba hantarkan pada saya ini Cik  Miasara?

Cik Miasara: like tau ?
Cucu Tok Wan: Apa itu? Adakah sejenis virus or what ?
Cik Miasara: Itu like lah pak cik  hoi(muka senyum)
Cucu Tok Wan: Itu sejenis viruslah .
Cik Miasara: Like lah dulu (muka senyum)
Cucu Tok Wan: Itu viruslah . Kurang asam betol Cik Miasara.Gggrrrr .
Cik Miasara: Haha , macam mana best tak ? Bestkan saya punya wayang free show je (kenyit mata).
Cucu Tok Wan: Eleh, bestlah sangat  . Tak terkejut pon lah , haha. Nevermind, lain kali buat lagi ye ?
Cik Miasara:  Okay,boleh-boleh. Nak bayarlah . Terima kasih setia menonton, menontonlah lagi ,(muka senyum).
Cucu Tok Wan: Eh, nak Tanya boleh ? Tuan punya badan ni single ke double erk?
                       Dua tiga kali berbalas chat , aku mula seronok pula layan mamat perasan hangat ni. Sekepala      dengan aku . Mulut boleh tahan manisnya nak cabar aku kononnya , pantang aku dicabar . Ni Shera Miasaralah siapa tak kenal . Siaplah kau. Lantak kaulah. Aku layan aje .. Kau hangat ke . Kau hangit ke .. ada aku kesah ? haha...
Cik Miasara:  Pulak (muka pelik) Apsal pulak haa ?
Cucu Tok Wan: Saja nak mengatal ha . Haha, can I ?
     ”  Amboi, mamat ni baru aje kenal dah nak mengatal dengan aku . ‘’ bisik aku dalam hati .Kau nak perkenakan aku eh .Siapa kau Cucu cicit kau pon aku bagi merana .

Bersambung …. 

TERIMA KASIH ! SUKA ? LIKE ja :D

Bila Hatiku Berbisik

Saya belajar , 
bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya.
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai.
Saya belajar, 
bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkan.


Saya belajar, bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan
banyak hal dan kami selalu memiliki waktu terbaik .
Saya berlajar, 
bahawa orang yang saya anggap jahat itu adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali serta orang yang begitu memberi perhatian pada saya.


Saya belajar , 
bahawa persahabatan sejati senantiasa bertumbuh walau dipisah oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.
Saya belajar,
bahawa jika seseorang tidak menunujukkan perhatian yang saya inginkan,
bukan berarti bahawa dia tidak mencintai saya .


Saya belajar, 
bahawa sebaik-baik pasangan itu,
mereka pernah dilukai perasaan masing-masing,
dan untuk itusaya harus memaafkannya .
Saya belajar,
bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain.
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah berterusan.


Saya belajar,
bahawa saya harus memilih .
Apakah menguasai sikap dan emosi ??
atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya.
Saya berlajar,
bahawa saya punya hak untuk marah,
tetapi itu bukan berarti saya harus benci dan mengikut perasaan..


Saya berlajar,
bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan dengan orang 
yang saya cintai.
Saya berlajar,
bahawa orang yang saya cintai justeru diambil segera dari kehidupan saya.


Saya sedar , jodoh itu ketentuan Allah s.w.t .
Sesungguhnya dia lebih mengerti apa yang tersurat dan tersirat ,
Saya redha :).



TERIMA KASIH ! SUKA ? LIKE ja :D

Pernah Rasa Kecewa ? Ya Sudahlah .



Assalamualaikum .  Hai ? apa aku nak cerita sekarang ni ? hehe (gelak muka menyampah)
okay, tittle kita sekarang ni "PERNAH RASA KECEWA ?YA SUDAHLAH. Apa yang aku nak sampaikan atau nak kongsilah pada kalian semua .
BAGAIMANA CARA AKU BANGKIT SEMULA SELEPAS AKU LEMAH??






Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:




“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”


Pesanan:

 #Kalau kita KECEWA kita buat apa ?Mestilah NANGIS dan TERKILAN !!Sebab ??Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu .Dan lepas tu kita BUAT APA ??Taknak PERCAYA pada dia lagi .Macam tu ke ??TAK RASA ke KECEWA tu satu HADIAH dari DIA ??Sebab ??Dari kerana sebab KECEWA, DIA ajar kita LEBIH bersikap HATI HATI dan JANGAN terlalu mengharap pada Makhluknya, INDAHKAN ??JADI jangan sedih sangat , INGAT kita MASIH ada ALLAH S.W.T yang SENTIASA bahagiakan kita ! :)♥ #



Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).


Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Kuatkan diri :)







 

TERIMA KASIH ! SUKA ? LIKE ja :D

Dunia Photographer


        Hey! hehe, Hari ni Cik Sarah nak up-date mengenai serba sedikit mengenai Cik Sarah mengedit gambar  hehe :) Jum2 kita usha2, tak nak cakap banyak ye ?


Pppssst: untuk semua golongan hee:) 




                              Hah ? inilaah CAMERA NICCON ,
    Camera yang paling terbaaik punya ! hee, Nak tahu kenapa ? P TANYA ABANG SUKA TANGKAP GAMBAQ PENGANTIN hee .^____^ .dah tak nak cakap banyak ! Cik Sarah nak tunjukkan HASIL Cik Sarah mengedit2 gambar n snap hee:) Cik Sarah suka snap picture orang . hee . Kalau nak edit Cik Sarah baru2 belajaq je pon hee. JUM2 tengok ! maaplaah kalau tak cantik . hee



                 Cik Sarah mengunakan software picasa :) hee, picasa ni sesuai untuk budak2 je macam Cik Sarah ! haha ! nak lagi HEBAT ?? guna sofware PHOTOSHOP(PS) hee. sekarang Cik Sarah tengah belajaq2 mengunakan PHOTOSHOP oleh seorang Mr A ni ! nanti Cik Sarah tunjuklaah gambaq pak cik tu ye ! :) hee


       hah ? yang nilaah Cik Sarah snap dan edit sekali ye ^______^ hee,
  tak cantik pon ! Baru2 belajaq hah ? "SAYA BUDAK BARU BELAJAR" hee :)



               Ni ,pon Cik Sarah edit jugakdan snap jugak picture ni:) Cik Sarah  suka snap gambaq tak tahu kenapa ?? ^_____^ hee sekarangkan orang dah pandai2 edit ! hee, gambaq tak lawa dah boley cantik lawa kan ? kan ? aaiisshhh ! muka yang banyak jerawat . dah tak de jerawat . macam2 laah aaiihh ! hee:)




                                      JUM2 tengok :)



                 Hah ! ne gambar oryginal ! Tanpa di edit hee :) ni gambar orang lain yang snap ye ! kawan Mr A

            
           Hah ? inilaaah Mr A edit :) kih2 .. Cik Sarah hanya tolong2 curi je kih2 :) nak tahu ?? sapa Mr A tuh ??jum2 nak tunjuk2 jum2 !!



  .::JENG::.

..::JENG::..



...::JENG2::...




      Hah ! inilaah Tuan punya badan yang bertukus lumus mengajar Cik Sarah !  Adoi, harap bersabaq nohh ? :)hee . "SAYA BUDAK BARU BELAJAR YEE" hee ^______^v





                   Cik Sarah guna camera ni je ~ Alahai tak mampu :( INSYALLAH ,!  suatu hari nanti saya akan beli jugak "CAMERA CANNON" tuh !hee:)










 Ppppsssssttt: Harap Mr A yang baik hati memberi saya PINJAM ye ?hee



       Suatu Hari nanti ....




                         hee:) Insyallah ! :)~









  


TERIMA KASIH ! SUKA ? LIKE ja :D

SKIRT JADI FESYEN PILIHAN :)

SKIRT MUSLIMAH ^^,

   Fenomena skirt kini menular dikalangan remaja muslimah kerana keselesaan dan kesopanannya . Kini , skirt telah menjadi satu fesyen yang semakin mendapat perhatian . Sempena  hari raya ini , anda juga boleh menggayakan skirt ketika bertandang ke rumah rakan-rakan atau majlis rumah terbuka . Lihatlah , pelbagai skirt digayakan oleh rakan anda dalam ruangan klik-klik ini :)

Psssttttt:untuk wanita sahaja :)
























                Lihatlah , boleh digayakan dengan cara anda sendiri :)




               Skirt juga boleh digayakan bagi wanita yang bertudung dan tidakbertudung :) Mengikut keselesaan anda sendiri ^^,






















                   Mengikut kreativiti anda untuk mengayakan skirt tersebut :)


































         


















              Sesuai digayakan dengan bertudung jugak :)




                 Gaya yang ringkas sempena  ramadhan harus menjadi pilihan si gadis . Tidak perlu corak dan motif yang sarat . Amat sesuai digayakan secara santai dan  ke majlis terbuka . Anda pasti tampil dengan gaya yang sopan dan ayu dengan pelbagai pilihan anda :)
TERIMA KASIH ! SUKA ? LIKE ja :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...