welcome

Pernah Rasa Kecewa ? Ya Sudahlah .



Assalamualaikum .  Hai ? apa aku nak cerita sekarang ni ? hehe (gelak muka menyampah)
okay, tittle kita sekarang ni "PERNAH RASA KECEWA ?YA SUDAHLAH. Apa yang aku nak sampaikan atau nak kongsilah pada kalian semua .
BAGAIMANA CARA AKU BANGKIT SEMULA SELEPAS AKU LEMAH??






Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:




“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”


Pesanan:

 #Kalau kita KECEWA kita buat apa ?Mestilah NANGIS dan TERKILAN !!Sebab ??Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu .Dan lepas tu kita BUAT APA ??Taknak PERCAYA pada dia lagi .Macam tu ke ??TAK RASA ke KECEWA tu satu HADIAH dari DIA ??Sebab ??Dari kerana sebab KECEWA, DIA ajar kita LEBIH bersikap HATI HATI dan JANGAN terlalu mengharap pada Makhluknya, INDAHKAN ??JADI jangan sedih sangat , INGAT kita MASIH ada ALLAH S.W.T yang SENTIASA bahagiakan kita ! :)♥ #



Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).


Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Kuatkan diri :)







 

TERIMA KASIH ! SUKA ? LIKE ja :D

0 000 si comel pandai bercakap:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...