welcome

Ini Kisah Cintaku !



“Ya Allah,  hadirkan cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahukan cinta yang tidak pasti . Jauhkan hatiku dari cinta yang sia-sia”



Dear diary ,
       Nama aku Shera Miasara binti Rafique, orang panggil aku Mia. Tapi , kawan-kawan aku gelar aku Datin MiaSara. Kenapa Datin? Sebab aku suka bergaya kot. Aku ni berangan nak jadi seorang penulis yang berbakatlah konon-kononnya mahupon novelis tersohor. Aku hanya insan biasa yang menulis untuk berkongsi cerita atau kisah dengan kau orang semua .
       Sebelum aku terus bercerita, aku harap kau orang semua jangan salah faham. Harus aku tekan di sini , aku tidak ada sebarang kena –mengena dengan si penulis yang bernama Nor Sarah binti Ishak. Hehehe...
       Ini kisah perjalanan hidupku . Kisah bagaimana aku sedaya upaya menjalani hidup penuh dengan manusia yang gemar menjadi kekurangan seseorang sebagai bahan jenaka. Tidak kiralah sama ada kekurangan dari segi mental , fizikal ataupun material.
       Aku dibesarkan sebagai gadis yang hidup bersederhana , serba keluarga yang lengkap . Aku mempunyai dua orang adik-beradik . Aku yang sulung , ibarat anak bongsulah katakan dalam keluarga . Yelah, aku anak tunggal perempuan dan adik aku anak tunggal lelaki .Diberi nama Amir Hakim .Aku mempunyai ibu bapa yang penyayang , aku masih belajar mengambil kursus Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan. Aku bersyukur dengan apa yang ada.
     Semakin menginjak ke alam IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam). Seorang gadis yang berusia 19 tahun , menentap di Dungun, Terengganu. Aku dikenali sebagai seorang yang agak panas baran , dilabel ibarat singa yang garang oleh kawan-kawan aku . Sehinggalah, ramai lelaki takut nak tegur aku . Terlalu serius , sikap optimis , kalau jadi watak jahat . Mungkinlah lakonan jahat aku menjadilah kot . hehe ..
       Aku sudah mempunyai kekasih hati yang bernama Kamal Afiq . Kamal Afiq merupakan kekasih aku dari zaman sekolah lagi . Sehinggalah kini , perhubungan kami  terjalin selama 4 tahun . Kata orang , berkawan dengan orang lain , bercinta dengan lain , berkahwin dengan orang lain . Itulah orang cakap kalau jodoh tak ke mana kan ?
     
      Kali pertama  aku belajar jauh dari keluarga aku , merupakan kali pertama jugak berada di asrama. Jadi, dekat rumah selalu mak yang banyak buat kerja . Nak memasak , mengemas manalah aku reti sangat . Kemungkinan ini adalah salah satu faktor yang aku risau sangat .
      Seperti insan lain , aku juga mempunya naluri untuk bercinta dan dicinta. Aku selalu tertanya-tanya , adakah cinta buat insan sepertiku? Yalah , aku tidak secantik gadis idaman lelaki . Aku berketurunan kacukan Bugis dengan mamak , dapatlah aku muka ala-ala Arab gitu . hehehe...

    Jadi, ini adalah kisah yang ingin aku kongsikan kepada kau orang semua . Kisah cintaku dengan seseorang jejaka . Hadirnya dalam hidupku dengan cara tersendiri . Membawa pelbagai rasa dan warna dalam hidupku .
    Bicaraku  mungkin tak seindah pujangga, tulisanku mungkin tak sehebat penulis tersohor. Aku berkisah seindah biasa, sekadar ingin berkongsi dengan kalian semua. Sudikanlah membaca, perjalanan hidupku mencari cinta .
Jom ikuti kisahku.


     Jam di dinding bilikku tepat pada pukul 11.35 malam. Aku bersama dengan roommate aku. Aku sibukkan diri dengan membuat banyak asigment yang diberikan oleh pensyarah . Menjadi kebiasaanku menyiapkan segalanya sebelum tidur . Aku suka sangat buat kerja last minitlah katakan.
     Aku sibuk mencari maklumat dan mengemaskini data sambil-sambil aku mengonline facebook atau mukabukulah katakan.
     Kedengaran Asma masuk kedalam bilik aku . “ Hai, buat asigment ke cik kak “ tegur asma merupakan salah satu classmate aku .
   Aku mengangkat kepala memandangnya yang sudah duduk di atas katil roommateku , Najla. “Tak la, sedang berseronok haa.” Gomel aku dengan nada perli .Mereka berdua  begitu akrab  sambil senyum melihat aku sedang sibuk menyiapkan assigment .
       Kemudian aku bangun dari kerusi terus menuju ke bilik Farah dan Aqila , merupakan rakanku yang begitu rapat sekali dengan aku .Segala duka dan suka kami selalu bersama , apa-apa masalah kami akan kongsikan bersama . Aku harap persahabatan kami tidak berakhir sampai diploma saja, biarlah sampai bila-bila. Amin .
        Aku sibuk berbual dengan Farah dan Aqila sambil-sambil tu aku menanyakan mengenai assigment aku kepada Farah. Farah merupakan rakan classmate aku . Aqila sama jurusan dengan kami berdua, Cuma dia kelas lain.
        Tiba-tiba kedengaran suara Asma memanggil namaku . “Sarah mai lah sini kejap , ada benda penting aku nak tunjuk kat hang ni .”
        Aku terus gegas berlari , dan aku terlupa nak offline facebook aku . Mestilah aku menyangka mereka akan hacker aku .
        Rupa-rupanya , mereka nak  tunjukkan aku link video hantu pada aku , menjerit gila aku dengan roommate aku . “ Haish , Asma kurang ajaq betoi la hang ni, lebih baik hang tutup cepat . “  mengamuk aku . Kemudian aku , gelak dengan roommate aku .
         Aku tersengih namun di dalam hati terbakul-bakul sungutan aku. Bermulalah rancangan jahat aku . Aku perkenakan kepada orang lain yang tengah asyik online facebook tengah-tengah malam, aku hantar semuanya link video tu . Lelaki pula yang aku bagi link , kat perempuan aku tak bagi link video tu sebab perempuan lain sikit . Timbul rancangan jahat  aku, ramai juga lah mereka tegur aku, marah-marah aku . Sambil aku tersengih-sengih sorang di depan lappy aku tu .
      “Padan muka hang, online lagi tengah malam-malam lagi “ gomel aku sorang –sorang di depan laptop .
       Tiba-tiba ada sorang mamat ni tegur aku dalam facebook.
“Ahh , malas aku nak layan , buat kerja lagi bagus!”

          Aku sibuk menyiapkan assigment sambil merenung kearah telefon bimbitku blackberry. Sepertinya tiada mesej atau panggilan dari kekasih hatin yang jauh di Sungai Petani, Kedah. Di dalam fikiran Aku berfikir positif .
                “Mungkin dia sibuk kot” kata hati Aku berbisik.
Memandang jam 11.55 malam , baru Aku teringat lagi 5 minit lagi 28 februari masuklah ulang tahun kelahiran ayah aku yang ke 52. Sekarang baru 27 februari , rilek dulu .
      

            “Tak sabar rasanya nak wish Birthday  kat abah aku tu . Alamak dah tengah malam , comfirm orang tua tu dah tidur. Tak pa lah . Esoklah aku call abah aku tu .” gomelku sorang-sorang.
       Kelihatan mata Aku  dah merah , sambil-sambil tu Aku  ketepikan kerja buat seketika bagi menghilangkan rasa mengantuk .
       Sebaik sahaja aku menoleh kearah laptop aku . Ramai jugak yang balas , lalu aku tersenyum sorang-sorang melihat gelagat manusia yang terlalu mengasyikkan dengan  laman sosial yang begitu popular pada 2013 ni iaitu Facebook. Yelah , zaman remaja kan ? Bila dah tua mana ada masa nak layan semua ni lepas ni.
         “Wah, ramainya reply chat aku. Hehe , “ gelak kecik aku sorang-sorang melayan facebook.
      Baru kejap aku online, dah bertubi-tubi mesej yang masuk. Sememangnya agak ramai juga teman-teman di Facebook aku ni. Rakan semasa sekolah dulu , teman-teman universiti dan lain-lain. Malah, ada juga kawan-kawan baru yang dikenali secara maya sahaja.
     Aku melayan mereka . Macama-macam cerita yang aku kongsikan. Dalam asyik aku berborak , ada satu nickname baru masuk ingin menjadi kawan aku.
     Aku sememangnya semula jadi peramah dan mesra alam ni apa lagi, layan ajelah. Tak salah ramai kawan kan?
Tiba-tiba ada sorang mamat ni tegur aku . Aku balaslah chatting dia .Nickname budak ni agak pelik  Cucu Tok Wan , semua orang letak nama sendiri . Aku hairan terus aku melayan untuk menghilangkan rasa mengantok aku ni.  


Cik Miasara: (link video hantu)
Cucu Tok Wan: Apa yang anda cuba hantarkan pada saya ini Cik  Miasara?

Cik Miasara: like tau ?
Cucu Tok Wan: Apa itu? Adakah sejenis virus or what ?
Cik Miasara: Itu like lah pak cik  hoi(muka senyum)
Cucu Tok Wan: Itu sejenis viruslah .
Cik Miasara: Like lah dulu (muka senyum)
Cucu Tok Wan: Itu viruslah . Kurang asam betol Cik Miasara.Gggrrrr .
Cik Miasara: Haha , macam mana best tak ? Bestkan saya punya wayang free show je (kenyit mata).
Cucu Tok Wan: Eleh, bestlah sangat  . Tak terkejut pon lah , haha. Nevermind, lain kali buat lagi ye ?
Cik Miasara:  Okay,boleh-boleh. Nak bayarlah . Terima kasih setia menonton, menontonlah lagi ,(muka senyum).
Cucu Tok Wan: Eh, nak Tanya boleh ? Tuan punya badan ni single ke double erk?
                       Dua tiga kali berbalas chat , aku mula seronok pula layan mamat perasan hangat ni. Sekepala      dengan aku . Mulut boleh tahan manisnya nak cabar aku kononnya , pantang aku dicabar . Ni Shera Miasaralah siapa tak kenal . Siaplah kau. Lantak kaulah. Aku layan aje .. Kau hangat ke . Kau hangit ke .. ada aku kesah ? haha...
Cik Miasara:  Pulak (muka pelik) Apsal pulak haa ?
Cucu Tok Wan: Saja nak mengatal ha . Haha, can I ?
     ”  Amboi, mamat ni baru aje kenal dah nak mengatal dengan aku . ‘’ bisik aku dalam hati .Kau nak perkenakan aku eh .Siapa kau Cucu cicit kau pon aku bagi merana .

Bersambung …. 

TERIMA KASIH ! SUKA ? LIKE ja :D

2 comments:

  1. hye..slamat berkenalan. :)
    done follow...jom terjah sini klu sudi... tq :))

    http://mastrixia.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai , salam kenalan jugak . t.q for follow saya :)

      mestilah saya sudi terjah blog awk . hehehe.
      terima kasih teramat sangat ye terjah blog saya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...