“Ya Allah, hadirkan cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahukan cinta yang tidak pasti . Jauhkan hatiku dari cinta yang sia-sia”
Dear diary ,
Nama aku Shera Miasara binti Rafique, orang panggil aku Mia. Tapi ,
kawan-kawan aku gelar aku Datin MiaSara. Kenapa Datin? Sebab aku suka bergaya
kot. Aku ni berangan nak jadi seorang penulis yang berbakatlah konon-kononnya
mahupon novelis tersohor. Aku hanya insan biasa yang menulis untuk berkongsi
cerita atau kisah dengan kau orang semua .
Sebelum aku terus bercerita, aku harap kau orang semua jangan salah faham.
Harus aku tekan di sini , aku tidak ada sebarang kena –mengena dengan si
penulis yang bernama Nor Sarah binti Ishak. Hehehe...
Ini kisah perjalanan hidupku . Kisah bagaimana aku sedaya upaya
menjalani hidup penuh dengan manusia yang gemar menjadi kekurangan seseorang
sebagai bahan jenaka. Tidak kiralah sama ada kekurangan dari segi mental ,
fizikal ataupun material.
Aku dibesarkan sebagai gadis yang hidup bersederhana , serba keluarga
yang lengkap . Aku mempunyai dua orang adik-beradik . Aku yang sulung , ibarat
anak bongsulah katakan dalam keluarga . Yelah, aku anak tunggal perempuan dan adik
aku anak tunggal lelaki .Diberi nama Amir Hakim .Aku mempunyai ibu bapa yang
penyayang , aku masih belajar mengambil kursus Diploma Teknologi Maklumat
Pengaturcaraan. Aku bersyukur dengan apa yang ada.
Semakin menginjak ke alam IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam).
Seorang gadis yang berusia 19 tahun , menentap di Dungun, Terengganu. Aku
dikenali sebagai seorang yang agak panas baran , dilabel ibarat singa yang
garang oleh kawan-kawan aku . Sehinggalah, ramai lelaki takut nak tegur aku .
Terlalu serius , sikap optimis , kalau jadi watak jahat . Mungkinlah lakonan
jahat aku menjadilah kot . hehe ..
Aku sudah mempunyai kekasih hati yang bernama Kamal Afiq . Kamal Afiq
merupakan kekasih aku dari zaman sekolah lagi . Sehinggalah kini , perhubungan
kami terjalin selama 4 tahun . Kata
orang , berkawan dengan orang lain , bercinta dengan lain , berkahwin dengan
orang lain . Itulah orang cakap kalau jodoh tak ke mana kan ?
Kali pertama aku belajar jauh
dari keluarga aku , merupakan kali pertama jugak berada di asrama. Jadi, dekat
rumah selalu mak yang banyak buat kerja . Nak memasak , mengemas manalah aku
reti sangat . Kemungkinan ini adalah salah satu faktor yang aku risau sangat .
Seperti insan lain , aku juga mempunya naluri untuk bercinta dan
dicinta. Aku selalu tertanya-tanya , adakah cinta buat insan sepertiku? Yalah ,
aku tidak secantik gadis idaman lelaki . Aku berketurunan kacukan Bugis dengan
mamak , dapatlah aku muka ala-ala Arab gitu . hehehe...
Jadi, ini adalah kisah yang ingin aku kongsikan kepada kau orang semua .
Kisah cintaku dengan seseorang jejaka . Hadirnya dalam hidupku dengan cara
tersendiri . Membawa pelbagai rasa dan warna dalam hidupku .
Bicaraku mungkin tak seindah
pujangga, tulisanku mungkin tak sehebat penulis tersohor. Aku berkisah seindah
biasa, sekadar ingin berkongsi dengan kalian semua. Sudikanlah membaca,
perjalanan hidupku mencari cinta .
Jom ikuti kisahku.
Jam di dinding bilikku tepat pada pukul 11.35 malam. Aku bersama dengan
roommate aku. Aku sibukkan diri dengan membuat banyak asigment yang diberikan
oleh pensyarah . Menjadi kebiasaanku menyiapkan segalanya sebelum tidur . Aku
suka sangat buat kerja last minitlah katakan.
Aku sibuk mencari maklumat dan mengemaskini data sambil-sambil aku
mengonline facebook atau mukabukulah katakan.
Kedengaran Asma masuk kedalam bilik aku . “ Hai, buat asigment ke cik
kak “ tegur asma merupakan salah satu classmate aku .
Aku mengangkat kepala memandangnya yang sudah duduk di atas katil
roommateku , Najla. “Tak la, sedang berseronok haa.” Gomel aku dengan nada
perli .Mereka berdua begitu akrab sambil senyum melihat aku sedang sibuk
menyiapkan assigment .
Kemudian aku bangun dari kerusi terus menuju ke bilik Farah dan Aqila ,
merupakan rakanku yang begitu rapat sekali dengan aku .Segala duka dan suka
kami selalu bersama , apa-apa masalah kami akan kongsikan bersama . Aku harap
persahabatan kami tidak berakhir sampai diploma saja, biarlah sampai bila-bila.
Amin .
Aku sibuk berbual dengan Farah
dan Aqila sambil-sambil tu aku menanyakan mengenai assigment aku kepada Farah.
Farah merupakan rakan classmate aku . Aqila sama jurusan dengan kami berdua,
Cuma dia kelas lain.
Tiba-tiba kedengaran suara Asma memanggil
namaku . “Sarah mai lah sini kejap , ada benda penting aku nak tunjuk kat hang
ni .”
Aku terus gegas berlari , dan aku terlupa
nak offline facebook aku . Mestilah aku menyangka mereka akan hacker aku .
Rupa-rupanya , mereka nak tunjukkan aku link video hantu pada aku ,
menjerit gila aku dengan roommate aku . “ Haish , Asma kurang ajaq betoi la
hang ni, lebih baik hang tutup cepat . “
mengamuk aku . Kemudian aku , gelak dengan roommate aku .
Aku tersengih namun di dalam hati terbakul-bakul
sungutan aku. Bermulalah rancangan jahat aku . Aku perkenakan kepada orang lain
yang tengah asyik online facebook tengah-tengah malam, aku hantar semuanya link
video tu . Lelaki pula yang aku bagi link , kat perempuan aku tak bagi link
video tu sebab perempuan lain sikit . Timbul rancangan jahat aku, ramai juga lah mereka tegur aku,
marah-marah aku . Sambil aku tersengih-sengih sorang di depan lappy aku tu .
“Padan muka hang, online lagi tengah malam-malam lagi “ gomel aku sorang
–sorang di depan laptop .
Tiba-tiba ada sorang mamat ni tegur aku dalam facebook.
“Ahh , malas aku nak layan , buat kerja lagi bagus!”
Aku sibuk menyiapkan assigment sambil merenung kearah telefon bimbitku
blackberry. Sepertinya tiada mesej atau panggilan dari kekasih hatin yang jauh
di Sungai Petani, Kedah. Di dalam fikiran Aku berfikir positif .
“Mungkin dia sibuk kot” kata
hati Aku berbisik.
Memandang jam 11.55 malam , baru Aku
teringat lagi 5 minit lagi 28 februari masuklah ulang tahun kelahiran ayah aku
yang ke 52. Sekarang baru 27 februari , rilek dulu .
“Tak sabar rasanya nak wish Birthday kat abah aku tu . Alamak dah tengah malam ,
comfirm orang tua tu dah tidur. Tak pa lah . Esoklah aku call abah aku tu .” gomelku
sorang-sorang.
Kelihatan mata Aku dah merah ,
sambil-sambil tu Aku ketepikan kerja
buat seketika bagi menghilangkan rasa mengantuk .
Sebaik sahaja aku menoleh kearah laptop
aku . Ramai jugak yang balas , lalu aku tersenyum sorang-sorang melihat gelagat
manusia yang terlalu mengasyikkan dengan
laman sosial yang begitu popular pada 2013 ni iaitu Facebook. Yelah ,
zaman remaja kan ? Bila dah tua mana ada masa nak layan semua ni lepas ni.
“Wah, ramainya reply chat aku. Hehe , “ gelak kecik aku sorang-sorang
melayan facebook.
Baru kejap aku online, dah bertubi-tubi mesej yang masuk. Sememangnya
agak ramai juga teman-teman di Facebook aku ni. Rakan semasa sekolah dulu ,
teman-teman universiti dan lain-lain. Malah, ada juga kawan-kawan baru yang
dikenali secara maya sahaja.
Aku melayan mereka . Macama-macam cerita yang aku kongsikan. Dalam asyik
aku berborak , ada satu nickname baru masuk ingin menjadi kawan aku.
Aku sememangnya semula jadi peramah dan mesra alam ni apa lagi, layan
ajelah. Tak salah ramai kawan kan?
Tiba-tiba ada sorang mamat ni tegur aku .
Aku balaslah chatting dia .Nickname budak ni agak pelik Cucu Tok Wan , semua orang letak nama sendiri
. Aku hairan terus aku melayan untuk menghilangkan rasa mengantok aku ni.
Cik
Miasara: (link video hantu)
Cucu
Tok Wan: Apa yang anda cuba hantarkan pada saya ini Cik
Miasara?
Cik
Miasara: like tau ?
Cucu
Tok Wan: Apa itu? Adakah sejenis virus or what ?
Cik
Miasara: Itu like lah pak cik hoi(muka
senyum)
Cucu
Tok Wan: Itu sejenis viruslah .
Cik
Miasara: Like lah dulu (muka senyum)
Cucu
Tok Wan: Itu viruslah . Kurang asam betol Cik
Miasara.Gggrrrr .
Cik
Miasara: Haha , macam mana best tak ? Bestkan saya
punya wayang free show je (kenyit mata).
Cucu
Tok Wan: Eleh, bestlah sangat . Tak terkejut pon lah , haha. Nevermind,
lain kali buat lagi ye ?
Cik
Miasara: Okay,boleh-boleh. Nak bayarlah . Terima kasih
setia menonton, menontonlah lagi ,(muka senyum).
Cucu
Tok Wan: Eh, nak Tanya boleh ? Tuan punya badan ni
single ke double erk?
Dua tiga kali berbalas chat , aku mula seronok pula layan mamat perasan
hangat ni. Sekepala dengan aku . Mulut boleh tahan manisnya nak cabar aku
kononnya , pantang aku dicabar . Ni Shera Miasaralah siapa tak kenal . Siaplah
kau. Lantak kaulah. Aku layan aje .. Kau hangat ke . Kau hangit ke .. ada aku
kesah ? haha...
Cik
Miasara: Pulak
(muka pelik) Apsal pulak haa ?
Cucu
Tok Wan: Saja nak mengatal ha . Haha, can I ?
” Amboi, mamat ni baru aje kenal dah nak
mengatal dengan aku . ‘’ bisik aku dalam hati .Kau nak perkenakan aku eh .Siapa
kau Cucu cicit kau pon aku bagi merana .
Bersambung ….
hye..slamat berkenalan. :)
ReplyDeletedone follow...jom terjah sini klu sudi... tq :))
http://mastrixia.blogspot.com/
hai , salam kenalan jugak . t.q for follow saya :)
Deletemestilah saya sudi terjah blog awk . hehehe.
terima kasih teramat sangat ye terjah blog saya.